跳至主要内容

 GKB 1053- Cara-cara Membuat Nota

    Kini tahap pendidikan yang diterima oleh generasi muda semakin hari semakin mencabar. Sebagai seorang pelajar, kita haruslah menentukan cara membuat nota sendiri yang berkesan dan berguna kerana sebuah nota yang baik dihasilkan dapat membantu pembelajaran. Terdapat pelbagai jenis cara untuk menghasilkan sebuah nota sebanyak 4 jenis. Marilah kita membincangkan tajuk hari ini iaitu apakah cara-cara membuat nota?

  • Annotation


Annotation adalah catatan nota untuk memberi penjelasan dalam bentuk penerangan ringkas mengenai sesuatu kerja.

Ciri-Ciri Anotasi

v Penjelasan yang dicatatkan hendaklah mengandungi maklumat bibliografi lengkap

v Skop dan tujuan kerja

v Cadangan pembaca dan tahap kesukaran

v Hubungan dengan tugasan yang akan dilaksanakan

v Satu komen ringkas dan penjelasan hanya sepanjang 100 ke 200 patah perkataan

v Mengandungi bahagian-bahagian yang penting.


  • Outline Notes


Outline notes ialah membuat nota menggunakan kata kunci dan frasa.

Ciri-Ciri Outline Notes

v Menggunakan perenggan, nombor atau perkataan

v Menyenaraikan point utama dan subpoint

v Point utama adalah fokus kajian/isu keprihatinan

v Subpoint adalah isu keprihatinan/fokus kajian, tinjauan masalah dan analisis masalah.


  • Nota Rumusan


Nota rumusan ialah nota yang telah diringkaskan dan ditulis dalam perenggan . 

Ciri-Ciri Nota Rumusan

v Nota ini hanya menulis peristiwa atau isi penting dengan menggunakan ayat sendiri yang mudah difahami . 

v Perkara yang paling penting ialah nota ini ditulis dalam  bentuk perenggan .

v Terdapat ruang tambahan bagi mencatat nota


  • Column Notes


Column Notes ialah cara mengambil nota dengan menggunakan format berbentuk lajur.

Ciri-Ciri Column Notes

v Kolum kiri diisi dengan idea utama/tajuk atau subtajuk manakala kolum kanan diisi dengan perenggan atau penjelasan kepada tajuk dan subtajuk.

v Teknik ini sesuai digunakan untuk subjek Sains, Matematik, Kimia, Fizik dan Biologi.

v Jumlah perkataan juga harus diminimumkan dan nota yang dicatat haruslah mengikut urutan dalam sumber asal.

v Teknik ini memaparkan maklumat tentang topik berdasarkan kategori.


    Konklusinya, kita haruslah mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari kepada kehidupan harian. Sebagai contoh, kursus GKB 1053 telah memberi peluang kepada kita mengajar tentang jenis membuat nota maka kita haruslah menggunakan semasa mencatat nota pada masa yang akan datang.


DISEDIAKAN OLEH:

TAN KIOW MUI

LIM MING ZONG

SHANGEETHASHINI A/P THANAPALAN

SHIVARUBINI A/P MURALY

ROHINI A/P RAJAMANI


-SEKIAN TERIMA KASIH-

评论